Followers

Thursday, February 17, 2011

18 Febuari 2011

Tak tau la nak gambarkan perasaan sekarang ni...
Keliru pun ada...
Tak tahu kepastiannya.
Semalam mama tak putus2 berdoa agar bila mama buat upt akan positif.
Hari Jumaat adalah hari yang baik..
Jadi mama tak sabar nak tunggu minggu depan..
Memanangkan test ada dpn mata, tak blh tahan hati ni utk menge test
So, dgn berdoa berharap hari yang baik hari ni akan mengembirakan mama.
Its 2 line tapi samar sangat-sangat..
But still nampak line ke 2 tu.
Tapi mama tak tunjuk sapa2...

it's i'm pregnant????????

Wednesday, February 16, 2011

Solat Taubat

Kadang-kadang terpikirkah kamu apa yang terjadi pada diri kita kini adalah dugaan Allah kepada kita?

Bila kita sedar, ianya datang dari kesilapan kita maka cepat-cepatlah bertaubat.





Solat Taubat


ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)



Syarat-syarat taubat :
  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.


Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.



Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
  • 027alquran3.gif
    Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
munajat1.jpg
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
penghulu.jpg
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

17 Febuari 2011

Perkembangan hari ini, masih tidak ada apa2 perubahan pada diri mama.
Mama still tak period..
Untuk sedapkan hati mama buat tak tahu je...

Monday, February 14, 2011

14 Febuari 2011

Pagi ni mama buat UTP... Memang tak nak berharap sangat...
Tgk naik -ve..
So, nak kata kecewa ada jugak tapi mama tak nak emosi mengawal minda.
So..buat tak tahu je..
Hari ni kepala pening....nak makan pun tak lalu...
Tadi ada baca blog someone citer pasal mee sup terus rasa nak makan mee sup je...
Tanda2 nak period tak ada...
So..tunggu smpi next week...

Wednesday, February 9, 2011

10 Febuari 2011

Dear Diary,

Pagi td bangun rasa tak sedap badan...
Tekak rasa lain..
Seakan-akan ada angin yg tak lepas nak kuar dari tekak ni.
Lpas gosok gigi terus dapat kuarkan angin tu..
Muntah air yang amat sakit smpi melelh air mata ni..
Lpas tu baru rasa lega...

Sampai la sekarang tekak rasa still tak selesa..

tapi tak mual pun..

Apa yang harus dilakukan...

09 Febuari 2011

Hai anak mama, mama ada berita harapan..
Mama still tak period lagi..
Kalau ikutkan dah delay..
Tapi mama tak check lg..
Takut nanti hampa.
So, mama ambil keputusan next week baru buat upt semula.

Simptom yg mama alami skrg :

Mual skit
Spot Bleeding ( Bercak Coklat )
Perut buncit 
Cepat letih
Rasa nak marah - hentak2 kaki (still blh kawal )
Perut kadang krem dan mencucuk
Breast mcm besar
Kepala kadang2 pening.

Wednesday, January 26, 2011

26 Januari 2011

Hello Diari,


Semalam mama singgah guardian, tiba2 tergerak hati nak beli Urin Test.
So, mama pun beli lah.

Rasa nak test lepas balik honeymoon nnti tapi mama tak blh sabar.

Pagi tadi subuh2 mama pun buat test.

Bila tunggu, result negative.

Hampa jugak tapi mama kuatkan semangat.

Pujuk hati ni, mungkin masih awal lagi.. hormon tak kuat lagi agaknya.

Tapi sekurang2nya mama puas hati bila dah check.

Mama tau anak mama ada cuma tak mau tunjuk kewujudan baby lagi kan.
Tak pe, mama sabar menunggu. Bila sampai masanya nnti pasti anak mama ni akan tunjukkan jugak kan..

Mama akan terus berdoa agar Allah kurniakan mama rezeki anak....

Mama sabar menunggu kamu sayang..