Followers

Tuesday, January 25, 2011

Adab ketika Berjimak

Hari ni alya nak berkongsi sedikit dengan semua tentang adab-adab berjimak.
Sebagai manusia kadang2 kita lupa untuk mengamalkan adab-adab ini sedangkan ia sangat dituntut oleh islam kerana ia mempengaruhi perwatakan anak yang bakal lahir dan sekaligus melindungi kita daripada gangguan syaitan.

Maka pertama sekali doa itu sangat penting.



Adab Berjimak

  • Membersihkan diri sebelum berjimak seperti mandi, bersugi, mencukur bulu ari-ari dan sebagainya
  • Pilih masa dan tempat yang selesa dan jauh dari gangguan tetamu dan ahli keluarga
  • Berwuduk terlebih dahulu
  • Tidak dalam keadaan terlalu kenyang atau terlalu lapar
  • Tidak Tergesa-gesa
  • Menutup tubuh badan dengan selimut. 
  • Membasuh kemaluan dan berwuduk jika ingin mengulangi jimak
  • Jangan melakukan perkara yang diharamkan seperti berjimak di siang hari bulan Ramadhan, ketika isteri sedang haid atau berjimak melalui dubur 
  • Elakkan melakukan aksi yang memudaratkan kedua belah pihak
  • Suami hendaklah sentiasa menjaga kesihatan, pemakanan dan kekuatan tenaga lahir dan batin
  • Jangan menyamakan rupa tubuh badan isteri dengan tubuh badan mahram seperti ibu, adik, kakak dan sebagainya.
  • Berehatlah setelah melakukan jimak
  • Segera mandi dan solat Subuh apabila masuk waktunya.

Tip Berjimak

  1. Fikirkan kepuasan isteri
  2. Memakai wangian
  3. Berkomunikasi dengan lembut
  4. Bersentuhan
  5. Berciuman
  6. Membaca doa
  7. Bersolek bagi isteri
  8. Bergurau senda
Sumber : Buku Amalan Ibu Mengandung

No comments:

Post a Comment